"kullu nafsin zaaiqatul maut"
-setiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati-
ruangan kali ini ana nk kongsi tentang kisah kematian..rata2 kita ramai yg lalai dengan kehidupan seharian sehingga t'lupa untuk berpijak di bumi yg nyata bila mana dunia ini hanyalah suatu permainan, tempat kita di uji, tempat kita bercucuk tanam..dan kehidupan di SANA (akhirat) kelak kita akn menuai hasilnya,, jari ini t'gerak untuk menulis topik ini bukan kerana;
-bukan nama yg ku cari
-bukan harta dunia yg melimpah ruah yg ku cari
-bukan juga pangkat atau kedudukan yg tinggi di sisi manusia
kerana aku juga adalah manusia biasa yg sgt lazim melakukan dosa sehingga malu untuk menghadap wajah insan2 di sekitarku, dan paling utama ialah Allah Azza Wa Jalla..kerana di waktu solat aku memohon keampunanNya,, namun aku masih lagi melakukan kesilapan yg sama,, fullstop.
berkenaan kematian, tggal 20januari, berlaku 2 kematian insan di sekitarku,,waktu berlainan tp hari yg sama..sebelum itu,kita sedekahkan:
Al-Fatihah kepada Allahyarham~
>>Izwan Pillus
>> adik kak Nisa'
walaupun ana x brape mengenali insan2 ini tetapi cukup dgn mendengar khabar kematian, mampu menggetarkan hati yg hampir mati ini,, terigt kata2 guru ana dahulu;
>>kematian adalah suatu kebiasaan yg berlaku di sekitar kita, tetapi yg menjadikan kebiasaan itu luar biasa ialah dgn cara kita mengambil perkara itu sebagai ikhtibar..hanya org yg sedar shj dpt mengambil pengajaran drpd apa yg Allah turunkan..
Nah, inilah yg Allah nk kte belajar drpd kematian itu..mula2 datuk kte, diikuti nenek kte, sepupu, adik beradik, mak, ayah..selepas itu?? mungkin sebelum mereka2 ini pergi kite dulu yg akn menghadap Illahi..BERSEDIAKAH KITA?? lidah kata bersedia, tapi cukupkah amalan kita?
persoalan yg selalu bermain di minda ana:
-amalan ini cukupkah utk di bawa kepada Allah?
-skranya cukup, ikhlaskah (meletakkan Allah sbgi paksi ktka b'ibadah) aku beribadah selama ini?
- mampukah aku menghadapi sakaratul maut, dan bersedia utk di perlihatkan amalan aku waktu itu sama ada baik atau buruk? SYURGA atau NERAKA tempat ku??
-dapatkah aku mencapai redha Allah yg mana itu tujuan hidupku?
-rahmat Allah pula bagaimana?? kasihkah Allah kepada aku ketika aku bertemu dgn Nya nanti?
atau wajah murkaNya yg aku lihat sewaktu itu? (nauzubillahhi min zalik)
mereka semua sudah lepas saat sakaratulmaut, sedangkan kita belum melepasi lg halangan itu,,tetapi kita masih lalai dgn kehidupan dunia yg ntah apa2 ini..adakah dunia yg kita cari? mengapa kita pinggirkan Allah dari kehidupan kita? bukankah Allah yg menciptakan kita? Allah itu amat kasih kepada hambanya..
"ud'uni,fastajiblakum"
(berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan)
akhirkata, kembalilah kepada kitabullah dan hadis nabi, kerana itu sahajalah tggalan buat kita,,pedoman serta panduan..mudah2an ketenangan yg kita cari akan kita temui,, kematian itu pasti,,usahalah ke arah syurga itu..
"dan bahawasanya manusia tidak memperoleh selain apa yg telah di usahakannya.Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kepadanya.Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yg paling sempurna dan kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu." (surah an-Najm:39-42)
::ilham drpd berita smlm dan mimpi berkenaan kematian yg terimbau kembali::
-kesedaran ini ana dpt dgn cara ini, anda bagaimana?-
wallahu`alam segala kekasaran bahasa harap di maafkan..inni akhafullah <3

